3 HARI TERAKHIR

Hari ni hari Isnin, ada berbaki lagi 3 hari aku bekerja di tempat kerja sekarang ni. Dia kata dia nak berpuasa sunat Isnin. Alhamdulillah, baguslah tu. Tapi perkara paling tak bagus tentang perangai dia, bila dia mula rasa serabut dengan hal-hal dunia, dia mula nak mengamuk ikut suka hati dia tanpa fikir perasaan orang sekeliling dia. Dia call aku di handphone, dengan volume suara handphone yang kuat tu, suasana ofis di pagi hari yang senyap sunyi sepi, tiba-tiba kedengaran suara dia tiba-tiba kuat mula nak memaki aku! Sumpah aku sangat sakit hati dengan perangai dia! Kenapa ye? Semakin dia kerap nak beribadah, semakin menjadi-jadi perangai dia yang suka nak maki-maki macam tu??? Aku tak faham! 


Ye aku tau, perangai yang kurang elok, biasanya manusia memang susah nak ubah. Terutama jika perangai buruk tu telah tertanam dalam diri, dan terbentuk sejak kecil dan tiada siapa yang menegur akan perangai buruk sebegitu! Dan apabila umur dah meningkat, dan bila ada pula orang-orang yg lebih berusia menegur, kelihatannya teguran hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Perangai sombong & ego yang tebal, diwarisi sejak zaman berzaman, MUNGKIN!


Astaghfirullah-hal-azim…

Kenapalah aku rasa marah sangat ni? Bukan aku tak biasa dimaki, diherdik oleh dia sepanjang kehidupan kami. Ehtah kenapa aku merasakan dia hanya memikirkan diri dia sahaja & perasaan dia sahaja. Perasaan orang lain? Mana mungkin dia fikir… Tak nampak pun dia kisah dengan perasaan orang lain, yang penting orang lain jaga perasaan dia, perasaan orang lain pandai-pandailah jaga hati sendiri! ITU YANG SELALU AKU RASA DALAM HATI!





Comments